Ayam Sambal Berserai

Resepi yang saya kongsi ni resepi keluarga ; turun temurun daripada atuk saya . Tempoh memasak dalam 45 minit – 1 jam

Boleh dimakan dengan nasi putih atau pun nasi impit. Memang sedap kerana rasanya yang masam masin .

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Sambal Berserai

Resepi yang saya kongsi ni resepi keluarga ; turun temurun daripada atuk saya . Tempoh memasak dalam 45 minit – 1 jam

Boleh dimakan dengan nasi putih atau pun nasi impit. Memang sedap kerana rasanya yang masam masin .

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 Ekor ayam (potong kecik-kecik)

    12-15 biji cili kering (buang biji dan kisar)

    5- 6 biji cili api ; kalau nak pedas tambah lagi (kisar)

    1 biji bawang besar (kisar)

    2 batang serai (dititik)

    2 keping asam keping

    Sedikit serbuk kunyit

    Sedikit minyak

CARA PENYEDIAAN
  • 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan sedikit air untuk kuah
  • 2. Bila kuah mendidih masukkan ayam yang dah dipotong kecil
  • 3. Masukkan serai yang sudah dititik bersama asam keping
  • 4. Kacau perlahan dan bila air hampir kering tambah air lagi. Ulangi langkah ini sampai kuah pecah minyak. Anggaran waktu masak dalam 1 jam dengan api sederhana
  • 5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa dan sedikit serbuk kunyit
  • 6. Bila dah sebati dan kuah pecah minyak boleh lah diangkat dan hidang

    * Yang penting rasa masam, masin kene sebati.. Baru kaw! :) *

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago