Project Description

sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi serai dll…cicah roti pun best… 🙂

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Prune Istimewa

sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi serai dll…cicah roti pun best… 🙂

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam – potong ikut suka
  • *20 tangkai cili kering
  • *1 biji bawang besar @ 8 biji bawang kecil
  • *5 biji bawang putih
  • * 1 inci halia
  • *1 sudu kecil jintan manis
  • *1 sudu kecil jintan putih
  • *15 gm kacang badam @ gajus
  • *5 – 7 biji dry prune
  • *1 sudu besar kismis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 batang bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 cawan susu cair / santan pekat
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 3 sudu besar sos cili
  • gula
  • garam
  • 1 biji bawang besar – dihiris kasar
CARA PENYEDIAAN
  • goreng ayam 1/2 masak. ketepikan sebentar.
  • kisar bahan² bertanda (*) hingga halus
  • panaskan minyak secukupnya untuk menumis. setelah minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang. tumis seketika hingga wangi.
  • masukkan bahan² yang telah diblender tadi & tumis hingga garing.
  • setelah garing, masukkan susu cair @ santan, kicap manis dan sos cili. kacau seketika dan terus masukkan ayam. masak hingga pekat.
  • perasakan dengan garam dan gula (rasanya mesti ada rasa sedikit pedas,masam dan manis. )
  • setelah hampir pekat, masukkan bawang besar yang dihiris kasar. balik²kan hingga bawang tersebut layu. matikan api & sedia utk dihidang… 🙂
  • p/s: boleh juga masukkan sedikit kacang gajus sebiji² yang telah disangar terlebih dahulu…. selamat mencuba !~ 🙂

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.