Ayam Percik Perantau

Ubahsuai resipi emak sebab duduk di perantauan. Senang, cubalah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Percik Perantau

Ubahsuai resipi emak sebab duduk di perantauan. Senang, cubalah.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Perap:
  • 4 ulas bawang putih – kisar
  • 1 inci halia – kisar
  • Garam – secukup rasa
  • Seekor ayam sederhana besar – dipotong ikut suka
  • Bahan Kuah:
  • Santan – 1 peket/sebiji kelapa (saya pakai santan segera)
  • 1 biji bawang besar – kalau mahu boleh guna bawang merah
  • 1 batang serai – dititik
  • 4 keping asam gelugor
  • 1 sudu serbuk lada – boleh guna cili giling, kalau mahu percik putih tidak perlu masukkan lada
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 1 sudu tepung beras (pekatkan kuah)
CARA PENYEDIAAN
  • Perapkan ayam dengan bahan perap sekurang-kurangnya 20 minit.
  • Masukkan ayam dalam ketuhar selama 12-15 minit.
  • Sementara itu masakkan kuahnya – kisar bawang besar hingga hancur.
  • Masukkan bawang besar, serbuk lada, asam gelugor, tepung beras dan serai ke dalam santan di dalam periuk dan masak atas api sederhana.
  • Kacau kuah dan masak hingga agak pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Setelah kuah masak, masukkan ayam yang sudah 3/4 masak (dimasak dengan ketuhar) ke dalam kuah…dan pastikan kuahnya menyaluti ayam.
  • Ayam yang sudah disaluti kuah bolehlah digrilkan/dibakar sehingga masak. Semasa gril, bolehlah tuang kuah yang lebih ke atas ayam.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago