Ayam panggang yougurt sedap

sedap dan menyelerakan. cara penyediaan yang sangat santai..nyummyy

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam panggang yougurt sedap

sedap dan menyelerakan. cara penyediaan yang sangat santai..nyummyy

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam – dipotong 4 **aku guna 1bahagian je. Untuk 2 orang makan je pun.
  • 1 cawan yogurt asli**aku guna 2 sudu besar yougurt sahaja.
  • 3 sudu makan minyak zaitun **kat rumah tak ada minyak zaitun jadi aku guna butter je.
  • 2 sudu makan jus lemon **tukar, guna jus limau nipis.
  • Garam secukup rasa
  • 2 sb gula
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan jintan kasar – ditumbuk
  • 1/2 susu jintan halus – ditumbuk
  • 1 sudu makan ketumbar biji – ditumbuk
  • 1 sudu makan lada hitam kasar
  • 1 inci halia – ditumbuk halus
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 2 batang serai di ketuk – saya tumbuk bersama halia
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam di rebus terlebih dahulu separa masak. Semasa merebus tu, letakkan seulas bawang putih, 1inci halia yang diketuk dan sesudu perasa.**Saya guna perasa Maggie cukup rasa je.
  • Satukan kesemua bahan dan lumur pada ayam dan perap selama 1 hingga 3 jam. **aku perap semalaman. Kira-kira 12 jam jugakla.
  • Susun atas dulang pembakar dengan aluminium foil dan bakar sehingga masak dan garing lebih kurang 50 minit bergantung pada oven masing masing. **saya bakar hampir 2 jam jugakla kerana oven saya yang tak seberapa nak panas. Alhamdulillah. Tak hangit pun. Aluminium foil tu saya guna untuk tudung ayam tu kerana tak mahu wap rempahnya keluar. Apabila ia dah nak masak, baru saya bukak sekejap untuk bagi dia kelihatan garing dan kemudian, kembali menutupnya.
    15minit selepas masak, barulah saya bukak balik. Dan sedia untuk dihidang..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago