Ayam panggang madu

Masakan untuk mereka yang berdiet,masa memasak dan persediaan lebih kurang 45 minit ke 1 jam terpulang pada ketuhar yang digunakan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam panggang madu

Masakan untuk mereka yang berdiet,masa memasak dan persediaan lebih kurang 45 minit ke 1 jam terpulang pada ketuhar yang digunakan

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam bersihkan ,jangan dibuang kulitnya.
  • 5 cm halia
  • 4 ulas bawang putih
  • Garam dan gula melaka sedikit lada hitam
  • 1 sudu besar madu
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • Bahan untuk perap:
  • 5 cm halia dan 2 ulas bawang putih serta garam
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk halia dan bawang putih serta garam,lumurkan pada ayam,biarkan sebentar
  • Sementara itu siapkan bahan bahan untuk disapukan pada ayam nanti..bumbunya.
  • Tumbuk halia dan bawang putih sampai lumat dan masukkan sos tiram,lada hitam,gula melaka,kicap pekat,madu dan pati ayam kacau sampai sebati
  • Masukkan ayam dalam ketuhar dengan kepanasan 190 darjah celsius,bakar sehingga masak,tapi jangan sampai kekuningan.
  • apabila masak,keluarkan ayam,lumurkan dgn bumbunya tadi,masukkan dalam ketuhar kembali,bakar selama 5 minit.Harus berhati hati kerana pada tahap ni,ayam cepat hangus.
  • Keluakan ayam sekali lagi,terbalikkan,sapu bumbu selebihnya pada bahagian bawah ayam tadi,bakar lagi sehingga ayam berwarna keemasan.Siap untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago