Masakan untuk mereka yang berdiet,masa memasak dan persediaan lebih kurang 45 minit ke 1 jam terpulang pada ketuhar yang digunakan
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam panggang madu
Masakan untuk mereka yang berdiet,masa memasak dan persediaan lebih kurang 45 minit ke 1 jam terpulang pada ketuhar yang digunakan
BAHAN-BAHAN
- 1/2 ekor ayam bersihkan ,jangan dibuang kulitnya.
- 5 cm halia
- 4 ulas bawang putih
- Garam dan gula melaka sedikit lada hitam
- 1 sudu besar madu
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 kiub pati ayam
- 3 sudu besar kicap pekat
- Bahan untuk perap:
- 5 cm halia dan 2 ulas bawang putih serta garam
CARA PENYEDIAAN
- Tumbuk halia dan bawang putih serta garam,lumurkan pada ayam,biarkan sebentar
- Sementara itu siapkan bahan bahan untuk disapukan pada ayam nanti..bumbunya.
- Tumbuk halia dan bawang putih sampai lumat dan masukkan sos tiram,lada hitam,gula melaka,kicap pekat,madu dan pati ayam kacau sampai sebati
- Masukkan ayam dalam ketuhar dengan kepanasan 190 darjah celsius,bakar sehingga masak,tapi jangan sampai kekuningan.
- apabila masak,keluarkan ayam,lumurkan dgn bumbunya tadi,masukkan dalam ketuhar kembali,bakar selama 5 minit.Harus berhati hati kerana pada tahap ni,ayam cepat hangus.
- Keluakan ayam sekali lagi,terbalikkan,sapu bumbu selebihnya pada bahagian bawah ayam tadi,bakar lagi sehingga ayam berwarna keemasan.Siap untuk dihidang.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.