Ayam Masak Asam Pedas Bersantan

Asalnya asam pedas, tapi saya cuba2 tambah santan, sedap juga

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Asam Pedas Bersantan

Asalnya asam pedas, tapi saya cuba2 tambah santan, sedap juga

BAHAN-BAHAN

  • 6 ketul ayam
  • *1 labu bawang besar
  • *1 ulas bawang putih
  • *1 cm halia
  • *1 cm lengkuas
  • *1 cm kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • sedikit garam dan serbuk kunyit untuk ayam
  • sekeping asam keping
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 helai daun kunyit
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan
CARA PENYEDIAAN
  • perap ayam dengan garam dan serbuk kunyit sebentar dan digoreng separuh masak
  • bahan2 bertanda * dihiris dan di blend bersama.
  • panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang diblend serta cili boh hingga naik bau
  • masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. gaul rata supaya ayam dan rencah mesra
  • masukkan air dan biar mendidih supaya ayam masak
  • masukkan asam keping, gula, garam dan serbuk perasa (jika mahu).
  • masukkan santan dan biar hingga pecah minyak
  • masukkan daun kunyit yang telah dihiris
  • biar sebentar supaya daun kunyit layu dan rasanya meresap ke dalam kuah
  • sedia untuk dihidangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago