Ayam Lemak Cili Api

Lauk yang tak boleh jemu dalam keluarga saya. Ini lah lauk yg pertama saya belajar bila baru2 cuba masak..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Lemak Cili Api

Lauk yang tak boleh jemu dalam keluarga saya. Ini lah lauk yg pertama saya belajar bila baru2 cuba masak..

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji bawang merah*
  • 2 biji bawang putih*
  • halia – sebesar ibu jari*
  • 5 biji buah keras*
  • 7 biji cili padi* – kurangkan kalau tak suka pedas
  • 2 batang serai* – satu di blend, lagi satu di tetak.
  • sedikit lengkuas*
  • 1 keping asam keping
  • berapa helai daun limau dan daun kunyit
  • 1 ekor ayam – potong ikut suka hati
  • 1 kotak santan
CARA PENYEDIAAN
  • blend bahan2 yang bertanda *.
  • Panaskan minyak di dalam periuk. goreng ayam sebentar untuk matikan darah.
  • Toskan ayam dan ketepikan. Masuk kan bahan2 yg di blend dan tumis hingga garing atau pecah minyak
  • Masuk kan daun kunyit dan daun limau dan tumis sampai naik bau.
  • tuangkan air sedikit sekiranyer kering
  • Masuk kan ayam yg di goreng tadi ke dalam dan gaul hingga semua rempah serap bersama ayam.
  • tuangkan santan pekat dan gaul hingga sebati. tambah air jika ingin lebih kuah.
  • masuk kan garam dan serbuk perasa. masuk kan asam keping dan biarkan mendidih. Api tak mahu besar sangat nanti pecah santan..
  • Tutup api dan boleh di hidang bersama nasi panas2.. selamat mencuba..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago