sedap dimakan dengan nasi ambeng

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

ayam kicap berempah

sedap dimakan dengan nasi ambeng

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam – digoreng terlebih dahulu bersama kunyit & garam
  • 1 peket rempah tumis
  • 1 biji bawang besar – di hiris
  • 5-6 ulas bawang putih – dihiris
  • 3-4 batang lada hijau – dihiris
  • 2 inci halia – diketuk
  • 2 biji ubi kentang – dihiris kpd 4 bahagian dan digoreng terlebih dahulu
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu kecil lada hitam – ditumbuk terlebih dahulu
  • 2 sudu besar cili sos – untuk pekatkan kuah
  • 1 1/2 cawan kicap pekat manis
  • minyak – untuk menumis
  • gula dan garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • panaskn minyak di kuali dan tumis dahulu rempah tumis kemudian masukkan pula bahan2 yg telah di dihiris seperti bwg besar, putih lada hijau dan halia
  • masukkan pula kicap, rempah kari, lada hitam, cili sos kacau sebentar. Pastikan api sederhana
  • setelah mendidih kuah, masukkan pula kentang dan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu ke dalam kuali
  • kacau sehingga rata ayam tersebut dan akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
  • sedia untuk dihidang dan dimakan
  • **ayam kicap ini tidak perlu menggunakan air dan kuah biarlah pekat ( kicap semata )**

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN