Ayam goreng tepong lemak

resepi amik dari curtis stone..cara orang2 selatan amerika goreng ayam…selatan amerika? hamba tak tau kat mana..google sendirik.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam goreng tepong lemak

resepi amik dari curtis stone..cara orang2 selatan amerika goreng ayam…selatan amerika? hamba tak tau kat mana..google sendirik.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam.(dipotong ikut suka hati anda,sebaiknyer potong kecik2…senang masak)
  • Buttermilk.(kalau tak ade buat sendiri..1 sudu lemon juice + 1/2 cwn susu..biar 5 minit)
  • Tepong-2 cwn.(agak2 la..gune tpg mahal yg harga rm5 tu..baru puas ati)
  • Serbok paprika,serbok lada hitam,garam.(ni pun agak2 ikut kemampuan dan cita rasa anda)
  • Telor ayam 2 biji-dipukul.(rasa2nya elok guna sebijik dulu,tak cukup tambah 1 lagi)
CARA PENYEDIAAN
  • Cara2 nye mudah tp skil nak buat nih yang curtis stone ajar yang patut diikut supaya tak sememeh(sila terjemah ayat ni pada yang tak faham) tangan. Mula2 perap ayam dengan buttermilk 1jam.
  • Sementara perap ayam sediakan gaulan tepong. Bubuh tepong dalam pinggan, bubuh serbok paprika, serbuk lada hitam dan secubit garam-gaul mesra.
  • Guna tangan kanan sahaja letak ayam kedalam tepong, kemudian guna tangan kiri gaul ayam itu sehingga berlumuran tepong dengan sekata. Guna tangan kiri jugak buboh ayam kedalam bekas telor, biar tangan kanan pulak yang celup celup ayam tadi sehingga berlumuran telor dan letak balik dalam bekas tepong dan tangan kiri pulak bertugas melumurkan tepong.
  • Ulang cara diatas 2 atau 3 kali supaya tebal palitan tepong itu dan buat satu persatu ayam itu, jangan sekali gus nanti sememeh dan pastikan tangan yang sepatutnye buat tugas yang betul supaya ia tak menjadi harubiru…trust me i know…dulu hamba buat ikut sukati…habis baju, muka, rambut…sememeh…waaaa
  • Goreng dengan minyak penoh, tenggelam sehingga keperangan atau hingga masak. Rasanya agak simple sebab tak banyak rempah tapi berlemak…budak2 memang suka…untuk orang tua cicah la dengan sos cili….tapi kalau anda nak kreatif nak jadi iron chef boleh la boh serbok rempah yang anda suka..tak salah mencuba..taksedap bagi jiran sebelah…
  • Bahan2 diatas elok guna sikit2 dulu..tak cukup buat lagi supaya tak membazir…terutama tepong itu…tapi kalau berlebih boleh simpan dalam peti..tak rosak…leh guna len kali. Akhir sekali…selamat mencuba..makan sikit2 nanti gemok..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago