Ayam ini memang sesuai dihidangkan dengan Nasi Beriani atau juga enak disediakan sebagai salah satu juadah untuk dimakan dengan nasi putih dan lauk yang seiring dengannya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Goreng Style Beriani

Ayam ini memang sesuai dihidangkan dengan Nasi Beriani atau juga enak disediakan sebagai salah satu juadah untuk dimakan dengan nasi putih dan lauk yang seiring dengannya.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam
  • 5 sudu besar pes halia dan bawang putih
  • 1 biji telur
  • 5 sudu besar serbuk cili
  • Sedikit serbuk ketumbar
  • Sedikit serbuk jintan manis
  • Garam secukup rasa
  • Tepung beras secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Gaul semua bahan di atas kecuali tepung beras sehingga sebati dan perap selama 30 minit.
  • Kemudian tabur tepung beras dan salut secukupnya.
  • Goreng (tenggelam) pada suhu 160 darjah C selama 15 minit atau sehingga masak. Angkat, toskan dan sedia untuk dihidang.
  • Nota: Boleh juga campurkan daun kari, ia akan membangkitkan aroma sewaktu ayam digoreng.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN