Ayam Goreng Rangup Crispy

sesuai untuk semua orang yang gemar makan ayam

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Goreng Rangup Crispy

sesuai untuk semua orang yang gemar makan ayam

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam-dipotong kecil
  • 2cawan tepung campuran/tepung kentucky (tepung apa-apa jenis jenama pun boleh!)
  • 2sb jus lemon/jus limau kasturi
  • 1biji telur ayam-taruh separuh je..
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada putih/cili giling jika ingin pedas
CARA PENYEDIAAN
  • Gaul ayam bersama jus,telur,lada,garam dan sedikit tepung…
  • Perap didalam bekas, masukkan dalam peti sejuk selama 30min atau lebih..biar ayam jadi sejuk..
  • Masukkan tepung kedalam bekas lain dan ambil seketul ayam lalu lumur dengan tepung tadi kemudian dipicit-picitkan ayam dengan jari-jemari bersama tepung hingga ayam penyek tetapi jangan sampai hancur atau bercerai dagingnya dari pada tepung.Berhati-hati kerana nanti jari tercucuk tulang ayam…pulak!!.
  • Asingkan…ulang lagi…hingga ayam habis..
  • Semasa hendak menggoreng kepalkan ayam bersama tepung lagi supaya tepung pada ayam melekat seperti berketul-ketul seakan-akan ayam kentucky. Barulah digoreng didalam minyak yang banyak..tutup kuali dengan penutup gunakan api yang sederhana.. selamat mencuba!!!
  • p/s jika tepung dah tak melekat kat ayam tu..tambah tepung lagi..biar tepung menyaluti ayam sepenuhnya… Api jangan terlalu kecil nanti ayam resap minyak dan jangan terlalu besar nanti tepung cepat hangus dan ayam didalam tidak masak masih berdarah lagi…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago