Penyediaan bahan 20 minit, memasak 20 minit, resepi dari bonda tercinta. Gambar daripada laporan masakan oleh mutiarazura.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 40min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Goreng Percik Berkuah

Penyediaan bahan 20 minit, memasak 20 minit, resepi dari bonda tercinta. Gambar daripada laporan masakan oleh mutiarazura.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 1 ekor ayam (dipotong sederhana)- dilumurkan kunyit, garam dan digoreng (jangan terlampau garing)
  • Bahan B (*digiling/tumbuk halus):
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • ****
  • 2 batang serai (dititik)
  • 15 tangkai cili kering (dikisar)
  • 1 biji kelapa (diambil santannya)
  • Asam keping (4-5 keping)
  • Gula dan garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan.
  • Kemudian tumiskan bahan B hingga wangi.
  • Masukkan 2 sudu besar cili kisar, serai dan tumiskan hingga naik minyak.
  • Masukkan santan, ayam goreng dan asam keping.
  • Masukkan juga garam dan gula secukup rasa.
  • Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN