Ayam goreng lemon mamak style

masakan mamak lagi..jom cuba .. makan dengan nasi panas – panas pasti terangkat..yum..yum ..sori gambar x menarik. tak sempat nak pose..dah tinggal dua tiga ketul ni je

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam goreng lemon mamak style

masakan mamak lagi..jom cuba .. makan dengan nasi panas – panas pasti terangkat..yum..yum ..sori gambar x menarik. tak sempat nak pose..dah tinggal dua tiga ketul ni je

BAHAN-BAHAN

  • 1) 2 inci halia
  • 2) 6 ulas bawang putih
  • 3) 2 sk serbuk jintan putih, 2 sk serbuk jintan manis, 2 sk serbuk ketumbar
  • 4) 2 sk serbuk cili kering brand baba’s , 2 sk serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam( atau nak guna kan kedua – dua serbuk lada sulah dan lada hitam pun boleh. sukatannya – 2sk serbuk lada sulah dan 2 sk serbuk lada hitam ) saya selalu guna ketiga – ti
  • 5) 2 sb serbuk kari ayam- brand babas
  • 6) 1 biji lemon
  • 7) 4 sb tairu (yogurt – yg plain tu)
  • 8) 3 helai daun kari
  • 9) 1/2 biji bawang besar – dimayang
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya utk menggorang
  • 10) 8 ketul ayam atau ikutlah nak banyak mana
CARA PENYEDIAAN
  • 1. blendkan bawang putih dan halia.
  • 2. gaulkan kesemua bahan – bahan pada ayam termasuk bawang putih dan halia yg diblend tadi, perahkan jus lemon dan perapkan sebentar sekitar 30 minit pun cukup. saya selalu tak perap. lepas gaul terus goreng pun still terasa sedapnya.
  • 3. goreng sampai masak. siap. p/s **semasa menggoreng, anda akan dapat kerak – kerak yang tertanggal dari ayam tu. kerak tu sedap sangat dimakan bersama nasi dan kuah kari ayam atau ikan. kalu nak tau, kalu anda selalu makan kat kedai mamak dan ada salah satu hidangan tu ada macam kerak – kerak tepung yang rasanya ala – ala pedas, masam dan masin seenak rasa tu..ha ni la bendanya. selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago