try la.. komfem jilat jari!! sgt sesuai makan dengan nasi putih. Tak perlu lauk lain dah!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Goreng Kicap Pedas Finger Licking Good

try la.. komfem jilat jari!! sgt sesuai makan dengan nasi putih. Tak perlu lauk lain dah!!

BAHAN-BAHAN

  • 6 ketul ayam (paling best bahagian kepak)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • 1 btg serai
  • 2 biji bawang besar (sederhana)
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 keping hirisan halia
  • Sedikit lengkuas (optional), klu isi, jangan byk sgt nanti rasanya pahit
  • 1 senduk cili kering yg telah direbus dan dikisar
  • Kicap masin
  • Air asam jawa
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit serbuk perasa
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sekuntum bunga lawang
CARA PENYEDIAAN
  • Gaul ayam dengan garam dan kunyit dan biarkan setengah jam, kemudian goreng separuh masak
  • Masukkan bawang besar (sebiji sahaja), bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sedikit air ke dalam pengisar lalu bahan2 dikisar lumat.
  • Panaskan minyak bekas goreng ayam tadi, kemudian masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Setelah 30 saat, masukkan bahan kisar tadi.
  • Setelah 1 minit, masukkan 1 senduk cili kering yang telah dikisar
  • Masukkan 1 sudu teh gula dan air asam jawa secukupnya lalu bahan2 dibiarkan sambil dikacau sehingga naik minyak.
  • Setelah naik minyak, masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi dan masukkan sekali hirisan 1 biji bawang besar
  • Masukkan kicap secukupnya dan masaklah sehingga rasa2 ayam sudah fully masak n hirisan bawang pun dh layu. P/s: rasanya kicap tu dh masin, so tak yah la letak garam dah.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending