Ayam Goreng Berempah Ummph!

Actually resipi ni Love modify ikut citarasa hubby dan anak Love. Cubalah…:-)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Goreng Berempah Ummph!

Actually resipi ni Love modify ikut citarasa hubby dan anak Love. Cubalah…:-)

BAHAN-BAHAN

  • Bahan diperap sekali :
  • 1/2 ekor ayam (potong ikut suka) – dicuci dengan garam.
  • 2 sudu besar pes bawang putih dan halia (dikisar bersama)
  • 2 sudu besar serbuk cili – boleh ditambah atau dikurangkan ikut citarasa
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil biji jintan putih (dikisar)
  • 1/2 sudu kecil biji lada hitam (dikisar)
  • Secubit serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil black vinegar
  • Sedikit minyak bijan
  • Garam secukup rasa
  • 2 tangkai daun kari (optional) – ditabur semasa menggoreng ayam
  • Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Cuci ayam dengan garam dan toskan airnya.
  • Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap selama 1-2 jam.
    (disyorkan untuk memasukkan bahan satu persatu ikut turutan sambil menggaul)
  • Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ayam dan goreng hingga merah keemasan.
  • Taburkan daun kari untuk lebih aroma. Angkat ayam dan toskan minyak yang berlebihan.
  • Sedia dimakan bersama nasi putih dan kari ayam.
  • Bagi mereka yang suka ayam bercrispy:- Salut ayam yang telah diperap, bersama tepung beras/ jagung dan gorengkan dengan minyak yang banyak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago