resepi dari chef jamie oliver

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Crunchy Garlic Chicken

resepi dari chef jamie oliver

BAHAN-BAHAN

  • seulas bawang putih
  • 1 biji limau nipis/lemon kecil
  • 6 keping biskut lemak (saya guna cream cracker munchy)
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 tangkai daun parsley
  • sedikit garam dan lada hitam biji ditumbuk
  • 2 sudu besar repung gandum
  • sebiji telur
  • 2 keping dada ayam@ fillet
  • sedikit olive oil
CARA PENYEDIAAN
  • Di dalam pengisar, kisar bawang putih, parutan kulit lemon, pecahan biskut cream cracker, mentega, daun parsley, garam dan lada hitam sehingga dapat tekstur mcm breadcrumbs, ketepikan.
  • Lepas tu kita sediakan ayamnya, fillet ayam yg dibasuh bersih, dikeringkan dan ketuk sedikit dengan mallet supaya fillet sedikit leper.
  • Sediakan sebiji pinggan dan taburkan crumbs berperisa tadi. Sediakan sebiji pinggan lagi dengan tepung gandum. Kemudian ambil telur pecahkan dlm mangkuk dan pukul sedikit.
  • Sekarang kita nak salutkan fillet ayam tadi, mula2 salut fillet ayam dengan tepung gandum, ratakan, kemudian celup kedalam telur, kemudian salut pula dengan crumbs tadi dan padat2kan.
  • Guna kuali non stick, api sederhana, tuang sedikit olive oil dan masaklah fillet ayam yg dah bersalut tadi, tekan2 sedikit supaya ia garing, masak 1 bahagian dalam 4 minit kemudian paling ke bahagian sebelah. Dah siap boleh dipotong2 macm dalam gambar tu.
  • Crunchy garlic chicken ini juga rasa ala chicken chop, dan boleh dimakan begitu saja atau bersama mayonnaise mahupun sos lada hitam. Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN