Masa membuat hanya memakan masa 30 minit sahaja. Resepi daripada kakak ipar.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 30min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Bermadu
Masa membuat hanya memakan masa 30 minit sahaja. Resepi daripada kakak ipar.
BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ayam (potong kecil-kecil)
- 1 kotak tepung Kentucky
- 3 sudu besar tepung jagung
- Telur (putih sahaja)
- 6 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
- 100g halia
- 5 sudu kicap pekat
- 1 sudu sos cili
- 10 sudu madu
- Minyak
- Garam secukup rasa
- Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
- Tepung Kentucky dicampur dengan telur putih dan tepung jagung digaul rata (Adunan A). Asingkan sedikit tepung jagung dan tepung kentucky (tidak dicampur dengan telur) (Adunan B).
- Panaskan kuali. Masukkan minyak. Celup ayam tadi dalam adunan A dan kemudian adunan B.
- Masukkan dalam kuali dan goreng sehingga garing.
- Setelah siap digoreng, panaskan kuali semula. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, dan halia. Masukkan ayam, kicap pekat, sos cili, madu dan garam.
- Akhir sekali, masukkan bawang dan sedia untuk dihidang.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.