Ayam belanda panggang madu perisa satay

resepi yg diambil dari pelbagai tempat, dicampur aduk…..sedap lak…so pakcik kongsi2 disini kalau bekenan….modal mmg mahal….tp br1m ada…no hal…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam belanda panggang madu perisa satay

resepi yg diambil dari pelbagai tempat, dicampur aduk…..sedap lak…so pakcik kongsi2 disini kalau bekenan….modal mmg mahal….tp br1m ada…no hal…

BAHAN-BAHAN

  • Seekor ayam belanda.(kat mydin rm120 tuk 6kg punya ayam….tipon ribu2 leh beli, nih berapa sangat)
  • 4 biji bawang besar.
  • 5 biji bawang putih.(1 labu pun ok)
  • 2 inci halia.
  • 2 sudu serbuk kunyit.
  • 6 batang serai segar.
  • 2 sudu jintan manis.
  • 2 sudu jintan putih
  • 2 sudu biji ketumbar
  • 1/2 cawan madu.(guna madu murah jer,yg rm15 sebotol tu….yg tak asli gitu)
  • 4 sudu gula.(mmg kena bagi manis kalau tak tak best)
  • garam-(dalam 3 sudu kecik kfc tu…bubuh taim nak bakar je, taim perap jgn bubuh!)
  • 5 sudu minyak masak atau lebih….
  • 1 biji limau nipis- ambil jusnya.
CARA PENYEDIAAN
  • Assalamualaikom pakcik membuka kata…mula2 pakcik nak cakap resepi nih kena cari ayam belanda…ayamm biasa tak best…mudah hancur..ayam belanda dagingnye pejal, bnyk isi, mahal dan sedap…alah sekali sekali..
  • Potong ayam belanda tuh ikut suka hati anda, amik semua bahagian…tapi pakcik tak amik bahagian dada sbb tak berapa suka bahagian yg banyak isi….
  • Semua bahan2 diatas dikisar menggunakan food prosessor..(jika guna blender pastikan boh sikit je air)..bagi hancur semua bahan2…jangan bubuh garam…nanti bila diperap air ayam akan keluar.
  • Gaul bahan2 perapan dengan ayam sekata dan bubuh dalam bekas atau dalam plastik dan perap sekurang2nya 1 malam(mesti)….oh ya pastikan bekas tidak bocor kalau tidak habis peti ais bergelumang dgn air perapan…macam pakcik kena,huh!
  • Besoknya bila nak bakar dalam oven pastikan bubuh garam dulu dan gaul rata dan baru letakan ayam atas jaring pembakar yg diletak atas dulang pembakar…..guna kepanasan tinggi bergantung pada oven..oven pakcik harga rm250 jadi pakcik belasah 250c…kalau tak ayam tak masak(huhu oven murah)
  • Ya….bahan2 perapan ini mmg banyak…sengaja pakcik buat banyak sebab….hehehe bukan saja2 buat banyak2 tu….sebabnya nanti bila bakar dalam oven air ayam akan menitis atas dulang pembakar…jangan buang,sedap tuh…kaut dengan sudu dan boh dalam mangkok….pastikan air ayam itu tidak hangus atas dulang pembakar…rugi kak…
  • Mungkin perlu 2 3 kali untuk membakar ayam yg banyak itu tapi pastikan air ayam itu diambil dan pastikan ayam dibalik balikan supaya ia masak atas bawah.
  • Setelah selesai membakar, ambil lebihan perapan ayam tadi dicampur dengan air@minyak ayam taim membakar tadi, satukan, gaul dan masak dalam kuali….sehingga ia terbit minyak…mungkin perlu bubuh sedikit air pada awalnya agar ia tidak kering sangat. Jika perlu tambah minyak…
  • Maka tuanglah kuah perapan tadi atas ayam yg dah masak itu…tak payah nak buat kuah kacang atau apa2 sos….itu dah mencukupi dan ia sedap lagi berkolesterol….hehehe
  • Hias cantik2 hidangan anda dgn bunga macam dalam masterchef mesia tu dan baca bismillah sebelum menjamah makanan. Makan ngan nasik pun ok….sah berminyak mulut taim makan…tu tandanya kalorinya tinggi….kena jogging 8 batu selepas makan. Terima kasih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago