resipi dari MIL.. senang dan mmg sedap.. campurkan sayur dah kira 2+1.. (x payah msk sayur dah… jimat tenaga dan gas)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Rebus Ikan Pari

resipi dari MIL.. senang dan mmg sedap.. campurkan sayur dah kira 2+1.. (x payah msk sayur dah… jimat tenaga dan gas)

BAHAN-BAHAN

  • 8 keping (kecil) ikan pari
  • bahan-bahan utk ditumbuk *:
  • * 4 biji cili kering (potong dan direndam)
  • * 1/2 inci halia
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 3 ulas bawang merah / 1/2 biji bawang besar
  • 1 keping asam keping/gelugur
  • garam dan serbuk perasa
  • Air secukupnya
  • 5 biji bendi dan 1 biji terung bulat (dipotong)
  • * sedikit belacan (jika mahu)
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk bahan-bahan bertanda * sehingga lumat (tumbuk pakai lesung batu lagi umpph.. dari blender)
  • Dalam periuk masukkan bahan² yang telah ditumbuk tadi bersama-sama air dan didihkan
  • Setelah mendidih, masukkan ikan dan biarkan mendidih sebentar kemudian barulah dimasukkan terung, bendi, garam dan serbuk perasa
  • setelah itu barulah masukkan asam keping (jika masuk awal, sayur lambat lembut)
  • Apabila ikan sudah masak, sayur sudah lembut, rasa asam garam sudah cukup, tutup api dan hidangkan..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN