Asam Pedas Turun temurun

Resepi dari Arwah mak yg memang org Melaka. Mak Kata nie resepi Turun Temurun. Kalo kenduri or ada event ape2 masak lauk nie kompem licin. Dgn kuah2 skali lesap..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Pedas Turun temurun

Resepi dari Arwah mak yg memang org Melaka. Mak Kata nie resepi Turun Temurun. Kalo kenduri or ada event ape2 masak lauk nie kompem licin. Dgn kuah2 skali lesap..

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN TUMIS :-
  • 1/2 senduk minyak masak
  • 1 Inci halia (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 1 biji bawang besar & 3 biji bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu teh halba
  • BAHAN LAIN2 :-
  • 1 kg ikan kembung (besar lagi sedap)
  • 15 biji kacang bendi
  • 10-15 biji cli kering yg telah dikisar halus (lagi banyak lagi sedap)
  • 1 mangkuk air asam jawa (kalau kuah pekat boleh tambah air)
  • 20 helai daun kesum (wajib)
  • 2 biji tomato (dikerat 4)
  • sedikit gula, garam & serbuk perasa.
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Masukkan halba, kacau sekejap kemudian masukkan bahan2 tumis yg telah dikisar tadi. Kacau hingga kekuningan & naik bau.
  • Masukkan cili kering yg telah dikisar tadi. Kacau sehingga cili kering masak @ garing.
  • Setelah cili garing, masukkan air asam jawa. Sekiranya kuah pekat, tambah sedikit air mengikut kesukaan masing2.
  • Setelah kuah mendidih, masukkan ikan kembong & biarkan lagi sehingga kuah mendidih.
  • Masukkan serbuk perasa, diikuti dgn gula & akhir sekali garam. Kemudian masukkan kacang bendi & tomato. Biarkan lebih kurang 1 min & padamkan api. Jangan biarkan kacang bendi terlalu layu. Nanti xsedap.
  • Tips : Jangan potong kacang bendi. Masukkan sebiji2 supaya kuah tidak berlendir.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago