Asam Pedas Tetel

Bagaimana cara nak masak Asam Pedas Tetel?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Pedas Tetel

Bagaimana cara nak masak Asam Pedas Tetel?

BAHAN-BAHAN

  • 500 g daging tetel (Dipotong kecil)
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 5 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu makan belacan (sekiranya suka)
  • (Cili kering, lada hitam, bawang kecil, bawang putih, serai, lengkuas, buah keras dan belacan dikisar bersama)
  • 4 cawan air
  • 1 sudu makan asam jawa
  • 1 cawan air (Dibancuh bersama asam jawa)
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 biji tomato (Dibelah 4)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan daging tetel dan biarkan sehingga pecah minyak sekali lagi.
  3. Masukkan air. Biarkan sehingga daging empuk.
  4. Kemudian masukkan air asam jawa dan daun limau purut. Biarkan reneh sehingga pekat dan pecah minyak.
  5. Masukkan gula, garam, dan tomato. Kacau rata. Tutup api.
  6. Masukkan dalam pinggan dan sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago