Asam Pedas Sayang Izzah

Resipi cuba-cuba. Suami kata sedap, tapi sayang tiada gambar la.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Pedas Sayang Izzah

Resipi cuba-cuba. Suami kata sedap, tapi sayang tiada gambar la.

BAHAN-BAHAN

  • * 1 biji bawang besar
  • * 4 ulas bawang putih
  • * 1 inci halia
  • * 1 inci kunyit
  • * 3 batang serai
  • * 10 batang cili kering yang telah direbus
  • Bunga kantan dan daun kesum secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 4 ekor ikan kerisi
  • 2 sudu kecil ketumbar yang telah dikisar halus (kira serbuk la ni) – tapi cute campur skali dengan jintan manis dan jintan putih sebab cute beli yang dah siap campur.
  • Asam jawa – ambil jusnya sahaja
  • Beberapa batang bendi
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bahan yang bertanda [*].
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar dan serbuk ketumbar.
  • Masukkan ikan kerisi dan masukkan jus asam jawa – sesedap rasa lidah sendiri. Tunggu sampai mendidih.
  • Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  • Akhir sekali, boleh letak bendi dan tunggu sampai bendi sedikit masak.
  • Hidang dan makan!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago