Asam Pedas Nenas Ikan Siakap

Resepi Ibu Kusiah :) cubalah…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Pedas Nenas Ikan Siakap

Resepi Ibu Kusiah :) cubalah…

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor Ikan Siakap
  • 20 biji cili kering
  • 10 biji lada hitam
  • 2 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • Daun kesum
  • 2 batang serai (dihiris sedikit utk diblend & lebihan jgn dibuang tumbuk (tanpa lumat) utk pecahkan rase bau serai)
  • 3 keping asam keping @ asam jawa
  • 1/2 biji Nenas yang telah dipotong nipis/kecil
  • 2 cwn air (ikut selera lebihkan air @ kurangkan air utk pekatkan kuah)
  • garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
  • Minyak utk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Blender cili kering yg telah direndam dengan air panas, lada hitam, bawang merah/putih, halia, kunyit dan asam keping dikisar halus.
  • Masukkan minyak menumis, masukkan bahan yang telah siap diblender sehingga garing dan naik baunya, masukkan sedikit gula untuk cepat garingkan lada.
  • Selepas garingkan tumisan lada masukkan air dan nenas yang telah dipotong nipis/kecil masak sehingga lembut. (Jika suka bleh kisar halus sedikit sahaja bersama rencah)
  • Selepas itu masukkan ikan yang telah dibasuh dengan air asam jawa
  • Selepas itu masukkan air asan jawa, garam dan bahan perasa secukupnyer.
  • Masukkan daun kesum selepas ikan telahpun masak.
  • Sedia untuk dihidang bersama nasi…emm..yum-yum cubala..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago