Masakan Kampung

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Pedas Kepala Ikan Mayong

Masakan Kampung

BAHAN-BAHAN

  • Ikan Duri @ Mayong/ ikan Merah/ Ikan semilang (atau ape2 ikan aje)
  • Daun Kesum secukupnya
  • 1 1/2 batang Serai (potong nipis & kisar)
  • 4 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 sudu teh lada hitam (kisar)
  • 1 sudu besar beras (rendam air panas sampai kembang & kisar)
  • 10 tangkai cili kering (boleh campurkan dgn 5 tangkai cili padi, = I campurkan dedua sekali & blend)
  • 2 inci kunyit hidup (kisar)
  • 2 biji mempelam telur (mempelam bulat, ade yang panggil mempelam padi ) Kupas kulitnyer , HIris memanjang & menyerong.
  • Garam & serbuk perasa
  • Tomato = belah 4 (Optional)
  • 2 bunga kantan= belah 2 (Optional)
  • Air 500 ml
  • Air asam jawa & sedikit garam (utk perap ikan, hilangkan hanyir)
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan diperap dengan air asam jawa & garam.( I pakai ikan mayong, lemak dia bertepuk2 naik ke permukaan air). Kemudian , basuh & ketepikan.
  • Susun ikan dalam periuk, taburkan mempelam telur. Tuangkan semua bahan kisar & masukkan air 500ml. Hidupkan api sederhana.
  • Resepi ni memang tak payah tumis. Apabila kuah mendidih, taburkan daun kesum & bunga kantan ( I tak pakai bunga kantan). Gulai tak perlu dikacau lasak sgt, memadai dengan kacau kuah, jangan kena ikan takot ikan hancur.
  • Masukkan garam & perasa, untuk yang tak tahan pedas leh tambah gula 1 sudu. Kuah akan pekat sendiri, sebab ade campuran beras blender tadi. Masukkan tomato & Suaikan rasa.
  • Bila kuah makin pekat & kering sedikit. Boleh lah padamkan api. HIdangkan bersama nasi hangat & ulaman. (Tak perlu sambal belacan, sbb terlampau pedas.)
  • Ini gambar mempelam telur yang dah dikupas kulitnye.
  • Resepi ni tak perlu pakai asam keping or asam jawa. cukup dengan mempelam tu, boleh juga gantikan dengan belimbing buluh.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN