Sangat senang, sesuai untuk orang bujang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Pedas Ikan Pari Simple

Sangat senang, sesuai untuk orang bujang.

BAHAN-BAHAN

  • 8-9 potongan ikan pari seperti dalam gambar
  • * 10-12 tangkai cili kering (ikut selera)
  • * 2 biji bawang besar
  • * 3-4 ulas kecil bawang putih
  • * sedikit belacan
  • 3-4 tangkai daun kesom (daun yang dalam kuah laksa)
  • 3-4 keping asam keping(ikut selera)
  • Sedikit gula (jika terlalu pedas) garam dan serbuk perasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air, jika mahu berkuah
CARA PENYEDIAAN
  • Kisarkan bahan yang bertanda *. Jangan guna terlalu banyak air. Biarlah separas dengan bahan-bahan yang hendak di kisar.
  • Tumiskan minyak di dalam kuali @ periuk. Masukkan bahan yang telah dikisar. Perlahan api, supaya tidak hangus. Masak sehingga pecah minyak. Jangan lupe kacau.
  • Masukkan sedikit air jika mahu (selepas pecah minyak). Setelah pecah minyak, masukkan ikan, asam keping, daun kesom, gula, garam dan serbuk perasa.
  • Setelah ikan sudah masak, tutup api dan hidang. Sesuai di makan dengan nasi panas. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN