Asam pedas ikan keli xtreem

Resepi biasa tetapi telah diextreemkan ikut selera saya…Anda akan terkujat akan hasilnya yang extreem…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam pedas ikan keli xtreem

Resepi biasa tetapi telah diextreemkan ikut selera saya…Anda akan terkujat akan hasilnya yang extreem…

BAHAN-BAHAN

  • 1. 2kilo ikan keli yang besar2.(seekor sekilo lagi baik,dalam gambar ikan nih kecik jer).
  • 2. Cili kering yang di giling(blender) 4 sendok nasi.(pastikan cili kering yang pedas,dari india yang diblender agak pekat).
  • 3. 10 biji bawang besar india.(pilih yang besar2 shj..dipotong bulat tebal2,sebiji potong 3).
  • 4. Air asam jawa dari sepeket asam jawa rm1.20 digaul dengan 3 liter air atau 1 jag setengah.Jangan risau kalau termasam sangat, ia akan jadi mesra nanti.
  • 5. Kacang panjang.(pilihan,ikut suka…cadangan: terong,bendi.Kuantiti terpulang.(dalam gambar takde sayur sebab dah abis kena makan)
  • 6. Bunga kantan 2 tangkai, daun kesum.
  • 7. Garam,serbok perasa(tok aji) dan bagi yang suka bubuh gula terpulang pada anda,ia tidak menghilangkan keextreemannya.
  • 8. Bawang putih 10 ulas ditumbuk dengan sedikit halia.
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan dibersihkan dan dipotong ikut suka.(saya suka potong besar2 nk bagi xtreem).Anda bolih goreng dulu ikan agak2 garing atau biar begitu saja.Kalau digoreng hanyirnya akan hilang.Gaul dengan serbok kunyit dulu.
  • Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau dan masukan cili giling tadi.Guna minyak agak banyak sikit untuk menumis dengan api yang perlahan agar cili tu benar2 masak.(takut sakit perut).
  • Kemudian masukan air asam jawa dan biar mengelegak agak lama dengan api sederhana.
  • Setelah itu baru masukan bunga kantan, daun kesum, ikan keli yang digoreng atau tidak,bawang besar dan sayur pilihan anda.
  • Biar mengelegak sedikit dan bubuh garam dan serbok perasa.(ini agak penting bagi menaikan rasanya),Bagi yang nak bubuh gula silakan..3 sudu pun bolih,ia tak akan menghilangkan rasa pedas dan masam malah membangkitkan rasa sedap.
  • Kemudian tutup api dan tutup periuk dengan sedikit rapat.Bagi sikit je ruang untuk wap keluar.
  • AMARAN:Jangan terus dihidang! Ianya sedap dihidang bila dah sejuk nanti anggaran 5jam lepas api ditutup.Kenapa? Nak bagi rasanya mesra.Biar rasa masam dan pedas tu meresap dalam ikan dan dalam bawang serta sayur.Jika anda rasa pada masa api ditutup tadi pedas dan masam yang melampau tetapi nanti anda akan dapati rasanya akan jadi sedap bila semua dalam periuk tu dah mesra macam bob! Anda akan dapati rasa bawang yang banyak dan besar2 tu seperti jerok pedas.
  • Masakan ini memang amat pedas dan masam,bagi yang tak tahan perut jangan cobak cobak buat.Makin sedap jika sudah 2 3 hari…dan jika tinggal kuah saja, masa anda panaskan masukan telur dan jadilah asam pedas telur. Anda bolih gunakan ikan kerisi, patin, kembong, pari atau apa saja ikut selera anda tapi pastikan yang besar2..ni kan extreem!. Anda bolih goreng dulu ikan atau begitu saja.
  • Lihat gambar,bawang yang besar2 tu pun dah cukup tuk makan dengan nasi sebab bawang tu jadi sedap.Jangan dihidang dengan gulai2 lain yang membuatkan potong stim! Telor goreng dadar, ulam2, telor masin sesuai dihidang bersama.Makan dengan nasi panas kerana masakan ini dah sejuk baru bolih dihidang.Selamat makan,bismillah.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago