Pedas, berangin dan berpeluh kalau makan dgn nasi hangat……siap kan tissue yeaa!!!!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Pedas Berangin

Pedas, berangin dan berpeluh kalau makan dgn nasi hangat……siap kan tissue yeaa!!!!!

BAHAN-BAHAN

  • 3 keping potongan daging ikan jenahak (boleh guna apa2 ikan yg berdaging)
  • 1 biji nenas madu (yg masak ranum)
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 1 camca besar asam jawa + 1/2 cawan air, ramas dan tapis jusnya
  • 3/4 cawan cili kisar
  • Garam dan gula (jika perlu)
  • BAHAN2 DITUMBUK LUMAT:-
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 cm belacan
  • 1/2 camca teh lada hitam biji
  • 1 camca teh garam kasar
CARA PENYEDIAAN
  • Cuci ikan dgn asam limau, bilas dan toskan. Kupas nenas, belah 4, buang empulur dan potong menyerong kasar2 (chunky). Ketepikan.
  • Dalam lesung, satukan bahan2 tumbuk dan tumbuk hingga halus. Ketepikan.
  • Dalam periuk, tuang 5 camca besar minyak dan tumis bahan2 tumbuk dan cili kisar hingga naik bau dan terbit minyak.
  • Masukkan nenas dan kacau goreng goreng untuk 1 – 2 minit. Gunakan api sederhana.
  • Tuang air (kurang lebih 700ml), dan biarkan mendidih. Masukkan kepingan ikan jenahak tadi dan kacau perlahan. Biar mendidih.
  • Tuang jus asam jawa, masukkan sedikit gula serta bunga kantan. Biar mendidih utk 3 – 4 minit. Rasa tahap kemasinannya. Mesti ada rasa, masin, manis, masam dan berangin. Kemudian boleh lah dihidangkan bersama nasi hangat dan ulam2man

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN