Apple Crumble

Resipi mudah bila teringin nak makan dessert tapi penyakit malas melanda.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apple Crumble

Resipi mudah bila teringin nak makan dessert tapi penyakit malas melanda.

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji apple hijau Granny Smith
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula (campur gula putih dan perang)
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1-1 1/2 cawan tepung (semasa di gaul dgn butter, campurkan secukup tupung sehingga adunan jadi seperti serbuk roti sahaja)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven 180 darjah.
  • Kupas apple, buang bahagian tengah dan potong dadu. Gaulkan dengan 1/2 cawan gula, serbuk kayu manis, dan masukkan kedalam acuan.
  • Didalam satu mangkuk, campurkan tepung, 1/4 cawan gula,dan butter. Gaul dan ramaskan dengan hujung jari sampai jadi seperti serbuk roti. Untuk memudahkan kerja, potong butter kecil-kecil sebelum digaulkan.
  • Taburkan adunan tepung tadi ke atas apple. Jangan ditekan. Bakar lebih kurang 30 minit sehingga adunan tepung nampak keperangan. Siap untuk dinikmati begitu saja atau dengan aiskrim vanilla.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago