resepi ni kawan yg kasik….kalau nak cepat tu..selalu guna resepi ni….sedap sebab ada letak susu….
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Apam tepung gandum
resepi ni kawan yg kasik….kalau nak cepat tu..selalu guna resepi ni….sedap sebab ada letak susu….
BAHAN-BAHAN
- 2 1/4 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan susu tepung
- 3/4 cawan gula ( saya guna 1/2 cawan je sebab tak suka manis)
- 1 paket yis mauripan
- 1 1/2 cawan air suam
- pewarna ikut suka (saya guna sirap)
CARA PENYEDIAAN
- mula2 ayakkan tepung gandum besama susu tepung. (ayak sekali je, kalau tak nak ayak pun tak pe)
- satukan bahan ayak bersama dengan gula kedalam mangkok. gaul2 rata.
- selepas itu buat lubang kat tengah2 bahan tadi dan masukkan yis mauripan.
- masukkan air suam ditengah2 bahan tadi dan kacau2 yis bersama dengan air. kalau yis tu elok…dia akan mengeluarkan buih. kemudian kacau2 rata bersama dengan bahan2 lain sehingga sebati. ( jgn ada ketul tepung)
- akhir sekali letak kan pewarna dan kacau2 rata. tutup mangkok dengan penutup dan biarkan selama 1/2 jam. resepi ni tak boleh peram lama2 sebab kita pakai yis sepeket…nanti dia rasa masam.
- panaskan air kukusan sementara nak tunggu bahan kembang/ naik.
- boleh guna acu bulat2 atau loyang biasa. kalau guna loyang biasa, gris kan dengan minyak loyang tu dulu supaya mudah di potong.
- bila kukusan dah panas, boleh lah dikukus. kukus dalam 20 minit…atau lebih….
- boleh dihidang bersama kelapa putih yg di kukus dengan garam.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.