Tiada campuran nasi atau tapai…sesuai dimakan bila2 masa… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apam Tepung Beras Gula Melaka

Tiada campuran nasi atau tapai…sesuai dimakan bila2 masa… :)

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN A :-
  • 250 ml air
  • 30 g tepung beras
  • 1 sk penuh ovalette
  • BAHAN B (sirap gula) :-
  • 250 g gula melaka
  • 100 g gula pasir
  • 250 ml air + 2 helai daun pandan – disimpul
  • BAHAN C :-
  • 1 peket yis segera Mauripan (11g)
  • 250 ml air
  • BAHAN D :-
  • 470 g tepung beras – diayak
  • 250 ml air
CARA PENYEDIAAN
  • Masak tepung beras dan air dari bahan A kecuali ovalette hingga pekat dan licin. Sejukkan dan campurkan ovalette dan kacau sebati.Ketepikan.
  • Masak bahan B hingga mendidih,tapis dan sejukkan. Ketepikan.
  • Satukan bahan C dan kacau rata. Ketepikan.
  • Satukan bahan D dalam sebuah mangkuk, campurkan bahan A, kacau sambil dimasukkan bahan B dan C dan terus kacau hingga adunan sebati dan tak berbintil. Ketepikan adunan sementara mendidihkan air kukusan dan memanaskan acuan/ loyang bergris di dalamnya.
  • Tuang adunan dalam acuan/loyang dan kukus hingga masak.
  • Apam enak dimakan dengan kelapa parut kukus.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN