Apam Sua Aka Apam Suri Aka Apam Tokyo

Kuih muih mudah disediakan dan sedap dimakan. Boleh disediakan dalam pelbagai warna ikut citarasa atau menggunakan pewarna alami yang lebih menyihatkan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apam Sua Aka Apam Suri Aka Apam Tokyo

Kuih muih mudah disediakan dan sedap dimakan. Boleh disediakan dalam pelbagai warna ikut citarasa atau menggunakan pewarna alami yang lebih menyihatkan.

BAHAN-BAHAN

  • Kulitnya:-) 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sk yis
  • 4 sk gula
  • 2 cawan air pandan
  • Sedikit garam
  • Bahan2 Intinya pula:-) 1 cawan tepung gandum
  • 2 sb tepung kastard atau tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan susu segar atau santan
  • 2 cawan air pandan (optional – boleh guna air biasa atau guna semua santan atau susu)
  • Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk Kulit :-) Kisar semua bahan dan perap selama lebih kurang 20 – 30 minit sahaja. (resepi asal menggunakan kuantiti yis yang agak banyak iaitu 11 gm yis (1 paket) jadi tempoh masa perapnya cuma 5 – 10 minit sahaja)
  • Penyediaan inti kastard:-) Satukan semua bahan di dalam kuali/periuk. Kacau sebati. Pasang api dapur dan masak hingga likat likat dan nampak berkilat. Sentiasa kacau adunan ketika memasak.
  • Penyediaan kulit apam :-) Tuang adunan kedalam kuali nonstick seperti kaedah penyediaan pancake…..tapi jangan terbalikkan. Masak sampai permukaannya kering, angkat. Kemudian letak inti macam kuih karipap, lipat dua dan tekan2 tepinye supaya melekat. Boleh juga menggunakan acuan karipap cuma akan ada lebihan (reja) yang agak membazir sekiranya tidak dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago