Kuih muih mudah disediakan dan sedap dimakan. Boleh disediakan dalam pelbagai warna ikut citarasa atau menggunakan pewarna alami yang lebih menyihatkan.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Apam Sua Aka Apam Suri Aka Apam Tokyo
Kuih muih mudah disediakan dan sedap dimakan. Boleh disediakan dalam pelbagai warna ikut citarasa atau menggunakan pewarna alami yang lebih menyihatkan.
BAHAN-BAHAN
- Kulitnya:-) 2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sk yis
- 4 sk gula
- 2 cawan air pandan
- Sedikit garam
- Bahan2 Intinya pula:-) 1 cawan tepung gandum
- 2 sb tepung kastard atau tepung jagung
- 1 cawan gula
- 2 cawan susu segar atau santan
- 2 cawan air pandan (optional – boleh guna air biasa atau guna semua santan atau susu)
- Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
- Untuk Kulit :-) Kisar semua bahan dan perap selama lebih kurang 20 – 30 minit sahaja. (resepi asal menggunakan kuantiti yis yang agak banyak iaitu 11 gm yis (1 paket) jadi tempoh masa perapnya cuma 5 – 10 minit sahaja)
- Penyediaan inti kastard:-) Satukan semua bahan di dalam kuali/periuk. Kacau sebati. Pasang api dapur dan masak hingga likat likat dan nampak berkilat. Sentiasa kacau adunan ketika memasak.
- Penyediaan kulit apam :-) Tuang adunan kedalam kuali nonstick seperti kaedah penyediaan pancake…..tapi jangan terbalikkan. Masak sampai permukaannya kering, angkat. Kemudian letak inti macam kuih karipap, lipat dua dan tekan2 tepinye supaya melekat. Boleh juga menggunakan acuan karipap cuma akan ada lebihan (reja) yang agak membazir sekiranya tidak dimakan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.