Apam Mekar Wangi

Resepi ni saya dapat dari My Resepi juga cuma saya buat 1/2 adunan sbb makan pun sorang-sorang..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apam Mekar Wangi

Resepi ni saya dapat dari My Resepi juga cuma saya buat 1/2 adunan sbb makan pun sorang-sorang..

BAHAN-BAHAN

  • 150g tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 cmt vanilla
  • 1/2 cmt ovallate
  • 100g gula pasir-saya tak suka manis sbb tu gula sikit jer..
  • 100ml susu segar
  • perwarna
  • paper cup
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul telur dan gula hingga kembang.
  • Masukkan esen vanilla & ovalatte & terus memukul dengan medium speed hingga sebati.
  • Masukkan tepung gandum dan susu berselang seli..teruskan memukul hingga benar-benar sebati dan gebu/putih.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa manggkuk dan letaklah warna yang anda gemari, kaup balikkan supaya warna rata..biarkan adunan rehat untuk 10-15 minit.
  • Sementara menunggu adunan rehat..anda boleh panaskan kukusan. Jangan lupa balut penutup kukusan dengan kain untuk menggelakkan air jatuh atas apam. Semasa prose ni saya masukkan 1 helai daun pandan kat dalam air kukusan tu supaya naik bau wangi sikit..
  • Masukkan paper cup ke dalam acuan.
  • Masukkan adunan ke dalam piping beg yang berlainan & paipkan ke dalam paper cup tadi dan kukuslah dengan api yang besar selama 10-15 minit. Insyallah kalau anda gunakan api yg benar dan periuk kukusan anda benar-benar panas kue apam ni akan merekah..
  • Selamat mencuba..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago