Apam Gula Hangus

Resepi olahan sendiri. Cubalah buat sendiri untuk merasakan kelainannya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apam Gula Hangus

Resepi olahan sendiri. Cubalah buat sendiri untuk merasakan kelainannya.

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.
CARA PENYEDIAAN
  • Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air. Kemudian sejukkan.
  • Di dalam pengisar, masukkan telur, susu, minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit.
  • Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  • Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  • Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  • Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
  • Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago