Apam Gebuzzzz

Mudah disediakan dan gebu sgt..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apam Gebuzzzz

Mudah disediakan dan gebu sgt..

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan tepung blue key ( khas untuk pau)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 biji telur ayam
  • 1 camca / sudu besar yis / mauripan
  • Sedikit kelapa parut + sedikit garam ( dikukus sebentar)
  • Sedikit pewarna merah (Rose)
CARA PENYEDIAAN
  • Tepung,yis disatukan dan kacau rata.
  • Masukkan telur,kacau rata.
  • Masukkan gula,kacau adunan perlahan-lahan.Masukkan air sedikit demi sedikit.Kacau rata sehingga gula hancur.
  • Biarkan adunan sehingga 1 jam atau sekurang-kurangnya 30-40 minit.
  • Sementara menunggu adunan kembang,kukus kelapa parut dgn sedikit garam.Ini dapat mengelakkan kelapa parut itu drpd basi terlalu awal.
  • Kukus sebentar sahaja agar kelapa parut tidak kering.
  • Setelah adunan kembang,masukkan sedikit pewarna merah ke dlm acuan.Gunakan acuan yg comel seperti puteri ayu.Isikan adunan hampir penuh sahaja kerana ia akan mengembang semasa proses pengukusan dilakukan.
  • Jika suka boleh masukkan kelapa parut sebelum menuang adunan tersebut.Sy hanya menggunakan kelapa parut sebagai hiasan.Jika tidak diletakkan pun tidak mengapa.
  • Kukus adunan selama 15 minit ( untuk acuan yg comel) menggunakan api yg kuat.Balut penutup kukusan menggunakan kain untuk mengelakkan wap air drpd terjatuh ke atas apam.
  • Setelah apam masak,angkat dan ketuk2 sedikit bagi ia tertanggal drpd acuan.Hiaskan kelapa parut di atas atau disekitar apam.Selamat mencuba..:-)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago