Apam Dot Dot

Apam Kukus. resepi dari kawan. Bahan2 senang didapati & mudah disediakan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apam Dot Dot

Apam Kukus. resepi dari kawan. Bahan2 senang didapati & mudah disediakan

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum*
  • 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
  • 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
  • 1 sudu teh ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna & Esen Vanilla
  • 200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
  • Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  • Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
  • Picitkan blueberry filling secukupnya
  • Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
  • Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
  • Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.
  • Selamat Mencuba :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago