Apam Balik Crunchy

Resipi dari internet, but dah diubah suai sedikit, mengikut citarasa tekak sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apam Balik Crunchy

Resipi dari internet, but dah diubah suai sedikit, mengikut citarasa tekak sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 170gm tepung gandum – bancuhan kulit
  • 100gm tepung beras – bancuhan kulit
  • 30gm tepung jagung + sedikit air – bancuhan kulit
  • 2 sudu teh baking powder – bancuhan kulit
  • 1/2 sudu teh baking soda – bancuhan kulit
  • 1/2 sudu teh garam – bancuhan kulit
  • 2 biji telur ayam besar- bancuhan kulit
  • 1 sudu teh vanilla essence – bancuhan kulit
  • 6-7 ozs air – bancuhan kulit
  • 150 gm gula pasir – inti
  • 120 gm mentega cair – inti dan untuk sapu supaya kulit tak melekat
  • 1 1/2 cawan kacang tanah tumbuk – inti
  • 1 cawan jagung ( saya guna creamy canned corn) – inti
CARA PENYEDIAAN
  • Sapu mentega cair atas kuali,supaya kulit apam balik tak melekat. Tuang 1/2 senduk besar bancuhan di tengah2 kuali dan pusing bagi rata.
  • Bila dah rata (bancuhan jangan tebal sangat ) boleh masukkan gula, kacang tumbuk, jagung dan mentega 1/2 – 1 sudu teh.
  • Bila kulit tepi dah garing, boleh angkat dan terus lipat.
  • Pastikan tutup adunan dgn penutup periuk di atas dapur, semasa menunggu masak.Selalunya masak sekejap saja, dalam 2-3minit.
  • Bahan untuk adunan saya guna blender saja untuk adunkan semua sebati. Selepas blend,saya guna penapis untuk tapis yang tidak sebati dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 3 jam sebelum masak. Tapi saya tinggal semalaman, keesokanny baru buat. Resipi ni boleh buat untuk 15- 18 keping apam balik crunchy.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago