Resepi bro mat gebu yg diambil dari blognye.. very nice!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

? Almond London Cookies ?

Resepi bro mat gebu yg diambil dari blognye.. very nice!

BAHAN-BAHAN

  • 125 g mentega
  • 75 g gula aising
  • 1 kuning telur
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 225 g tepung gandum
  • 1 camca teh emplex (disatukan bersama tepung gandum dan diayak)
  • 335 g badam berkulit (digoreng hingga kuning keemasan & toskan atas paper towel)
  • 300 g coklat masakan
  • 1/2 camca besar lemak sayur
  • Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
  • Paper cup saiz kecil secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 – 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
  • Ambil sebiji biskut, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas.
  • Buat seterusnya dan susun rapat2 antara satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti.
  • Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN