Aiskrim Mangga Mango

Resipi Sempena Musim Buah Mangga di Delhi

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Aiskrim Mangga Mango

Resipi Sempena Musim Buah Mangga di Delhi

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji buah Mangga Alphonso (atau lain2 jenis)
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 1 cawan susu segar
  • 200 ml krim segar
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • Sedikit daun pudina untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • Kupas kulit buah mangga, kemudian ambil isinya sahaja. Masukkan ke dalam mesin pengisar(blenderlah ni)
  • Tambah gula ke dalam mangga dan kisar sehingga menjadi puri sekitar 3 minit
  • Seterusnya masukkan bahan2 lain; susu segar, krim segar dan susu pekat manis, kisar kesemua bahan sehingga sebati.(Adunan jadi pekat berkrim)
  • Masukkan adunan tadi ke dalam bekas berpenutup plastik yang rendah (shallow container) dan masukkan ke dalam peti sejuk, untuk dibekukan selama sekurang2nya 5 jam.
  • Setelah 5 jam, keluarkan semula aiskrim yang telah beku tadi dan ulang proses mengisar untuk lebih manghaluskan aiskrim tadi selama 3 minit.
  • Selepas itu, tuangkan semula adunan ke dalam bekas asal dan bekukan semula selama kurang lebih 4 jam.
  • Selepas 4 jam, aiskrim telah sedia untuk di makan dan boleh dihiasi dengan daun pudina.
  • Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago