? Aglio Olio ?

basic resipi aglio olio. simple dan kick. biasa dijual di restoran makanan italian/ western. kalau nk ltk sosej atau udang pun boleh, tambah je waktu menumis.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

? Aglio Olio ?

basic resipi aglio olio. simple dan kick. biasa dijual di restoran makanan italian/ western. kalau nk ltk sosej atau udang pun boleh, tambah je waktu menumis.

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket spaghetti (400gm)
  • 25-30 biji bawang putih (dicincang kasar)
  • 6-10 cili padi (dibuang biji dan dihiris), terpulang pada selera pedas masing2
  • setengah cawan daun parsley (dicincang)
  • minyak zaitun (untuk menumis)
  • garam
  • serbuk lada hitam
  • 1 sb butter (jika tak ada takpe)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan air didalam periuk hingga mendidih. Masukkan spaghetti dan garam dan rebus selama 8-10 minit (ikut peraturan yg ada di paket). Tapis dan ketepikan. Ketepikan setengah cawan air rebusan tadi.
  • Panaskan kuali dan tuang minyak zaitun. Perlahankan api. Tumis bawang putih dan cili padi hingga layu. Jangan sampai hangus, nanti tak sedap. Semasa nak menumis bawang putih tu, kalau nak masukkan udang atau hirisan sosej pun boleh.
  • Masukkan butter, spaghetti, daun parsley dan garam. Gaul hingga sebati. Jika spaghetti nampak kering, tuangkan sedikit air rebusan tadi. Kalau ok, tk perlu letak.
  • Matikan api. Taburkan sedikit serbuk lada hitam. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago