Resepi ni kite dapat dari mak kite…mak kite lak dapat dari mane tak tau lah plak.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Agar Tauhu Laici
Resepi ni kite dapat dari mak kite…mak kite lak dapat dari mane tak tau lah plak.
BAHAN-BAHAN
- Bahan TAUHU:
1/2 tahir(pek besar) agar kering,
1/2 pek agar serbuk (1 pek 70gm),
1 tin susu manis (388gm),
1 tin susu cair (405gm),
6 gelas air,
4 gelas santan (1 tin santan pekat dibancuh menjadi 4 gelas). - Bahan KUAH:
1 tin laici,
1 1/2 cawan gula,
4 gelas air,
CARA PENYEDIAAN
- Cara TAUHU:
1. Masak agar kering bersama 6 gelas air @ secukupnya sehingga hancur.
2. Setelah hancur masukkan susu manis dan susu cair.
3. Bancuh agar serbuk bersama santan supaya tidak berketul.
4. Masukkan langkah 3 ke dalam langkah 2 selepas itu masak seketika sehingga sebati.
5. Angkat dan sejukkan.(siap utk tauhu)
- Cara KUAH:
1. Asingkan sirap n buah laici.
2. Masak gula bersama air.
3. Setelah gula larut, masukkan sirap laici
4. Buah laici dipotong dadu.
5. Sejukkan. - Cara HIDANG:
1. Setelah tauhu dan kuahnya sejuk, potong tauhu.
2. Setelah itu masukkan kuahnya,biar 1-2 jam di dalam peti ais supaya rasa laicinya meresap.
3. Siap utk dihidang.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.