?Agar-Agar Lapis Konnyaku™

Dengan menggunakan Jelly Konnyaku.Mudah didapati di kedai2 menjual bahan2 kuih.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Agar-Agar Lapis Konnyaku™

Dengan menggunakan Jelly Konnyaku.Mudah didapati di kedai2 menjual bahan2 kuih.

BAHAN-BAHAN

  • 1 peket serbuk jeli konnyaku (10g)
  • 250 g gula halus
  • 800 ml air
  • 300 ml susu cair
  • 2 sk serbuk koko – dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit garam dan esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan serbuk jeli dengan gula,gaul rata dan ketepikan.
  • Masak air hingga hangat dan masukkan susu cair sambil dikacau hingga mendidih.
  • Masukkan campuran jeli,gula,garam dan esen kedalam campuran susu,kacau terus hingga gula larut.
  • Keluarkan 1/2 bahagian adunan jeli tadi dan masukkan ke dlm sebuah periuk lain dan campurkan dgn koko dan kacau rata.Masak campuran koko atas api yg kecil.
  • Sediakan acuan jeli yg kecil atau yg besar tuang jeli yg plain dahulu hingga habis dan biarkan suam2 di dlm acuan.Pada masa yg sama adunan jeli berkoko tadi hendaklah dibiarkan atas api kecil sambil dikacau2 kerana jika tidak jeli konnyaku cepat mengeras.
  • Apabila hendak melapis,matikan api dan lapiskan adunan jeli koko keatas adunan plain hingga habis.Biarkan sejuk dan simpan di dlm peti sejuk.
  • ***Adunan jeli plain jangan dibiarkan keras sebelum melapis ,biar suam dan tuang adunan jeli koko perlahan2.Supaya apabila jeli di keluarkan drpd acuan, lapisan plain dan koko tidak terpisah.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago