Agar-Agar Chequer

Agar-agar dalam design chequer

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Agar-Agar Chequer

Agar-agar dalam design chequer

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A (Agar2 jernih)
  • 20gm serbuk agar2
    1500ml air
    300gm gula pasir
    daun pandan
  • Bahan B (Agar2 Santan)
  • 20gm serbuk agar2
    1500ml air
    300gm gula pasir
    1 paket santan serbuk (50gm)
    daun pandan
CARA PENYEDIAAN
  • Masak kedua2 bahan A dan B secara berasingan. Ketepikan. Biarkan diatas dapur dengan api perlahan.
  • Ambil 4 senduk kecil agar2 jernih (setiap satu senduk diletakkan warna berasingan, merah, biru, hijau dan kuning).
  • Penuhkan dasar acuan dengan empat warna berlainan. Biarkan set dahulu.
  • Ambil 180ml agar2 santan dan tuang keatas lapisan berwarna tadi. Biarkan beku sedikit baru diletakkan pembahagi (ring divider) tekan sedikit ke dalam agar2.
  • Lapisan Pertama : Ambil 350ml agar2 jernih, masukkan warna biru dan tuangkan di bahagian bulatan paling luar. 250ml agar2 santan diwarnakan kuning, tuang di bahagian bulatan yang kedua, 180ml agar2 jernih diwarnakan merah dituang di bahagian bulatan yang ketiga dan 120ml agar2 santan diwarnakan hijau dituang di bahagian tengah bulatan. Setiap kali menuang agar2 gunakan belakang sudu supaya agar2 jatuh dengan perlahan.
  • Biarkan seketika sehingga agar2 membeku. Test dengan jari setiap bulatan agar2, sekiranya hampir beku bolehlah dituangkan dengan lapisan yang kedua.
  • Lapisan Kedua : Ambil 350ml agar2 santan, diwarnakan biru dan tuangkan di bahagian bulatan paling luar. 250ml agar2 jernih diwarnakan kuning, tuang di bahagian bulatan yang kedua, 180ml agar2 santan diwarnakan merah, dituang di bahagian ketiga bulatan dan 120ml agar2 jernih diwarnakan hijau dituang di bahagian tengah bulatan. Biarkan seketika sehingga agar2 beku. Test dengan jari.
  • Apabila agar2 sudah set, angkat keluar dengan perlahan ring divider tadi, tuang agar2 santan (tidak diwarnakan) memenuhi acuan. Biarkan beku baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  • Proses menyiapkan agar2 agak lama, sekiranya agar2 membeku panaskan semula di atas api dan kacau supaya tidak berketul.
  • Apabila dipotong agar2 kelihatan berkotak2 dengan lapisan santan dan jernih berselang seli.
  • Acuan Chequer 10″

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago