?Acar Buah (Tanpa Cuka)™

Enak dimakan bersama macam2 jenis nasi panas..acar buah yang tidak menggunakan cuka tapi tetap tahan lama dan satu kelainan, ada campuran kerisek di dalamnya… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Acar Buah (Tanpa Cuka)™

Enak dimakan bersama macam2 jenis nasi panas..acar buah yang tidak menggunakan cuka tapi tetap tahan lama dan satu kelainan, ada campuran kerisek di dalamnya… :)

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ltr. minyak masak
  • 1/2 – 1 kilo bawang merah *- dihiris halus
  • 300 g bawang putih* – dihiris
  • 300 g halia *- dihiris sprti btg mancis
  • 1 1/2 cwn cili kering yg dikisar
  • segenggam asam jawa + air dan dapatkan 3-4 mangkuk air asam
  • 3 sb garam
  • 1 1/2 cwn gula pasir (lebihkan jika suka manis lagi)
  • 1 cwn kerisik
  • 6-7 jenis buah jeruk manis ( prune,kismis hitam/ kuning, buah kana merah/hijau,limau kasturi,cermai..dll…setiap 1 jeruk manis lebih kurang 200-300g )
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan goreng bahan2 bertanda* hingga garing,berasingan.
  • Dgn menggunakan minyak yg sama, tumis cili kisar hingga garing dan naik minyak,tmbh minyak jika perlu.
  • Masukkan air asam, gaul rata dan biarkan mendidih.
  • Masukkan pula kerisik,garam, gula dan biarkan mendidih lagi.
  • Kemudian masukkan kesemua jeruk buah2an dan juga bahan yg digoreng garing tadi dan gaul hingga sebati.
  • Tahap ini acar hendaklh digaul sesekali. Sekiranya acar ini pekat, tambahkan air mendidih dan gaul rata.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago