*_*KEK PISANG LAPIS COKLAT CIP*_*

Resepi asal dari HaSue..ubahsuai ikut selera dan idea sendiri semata2 nak pikat anak makan kek pisang..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

*_*KEK PISANG LAPIS COKLAT CIP*_*

Resepi asal dari HaSue..ubahsuai ikut selera dan idea sendiri semata2 nak pikat anak makan kek pisang..

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan pisang masak ranum yang telah dilenyek (pisang awak + berangan)
  • 1 cawan gula aising
  • 1 cawan minyak kelapa
  • 2 biji telur
  • 2 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar bicarbonate
  • sedikit esen vanila
  • Pewarna merah & hijau
  • coklat cip secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Pisang dilenyek, tepung dan bicarbonate diayak.
  • Blendkan gula, telur, esen vanila dan minyak hingga kembang. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit kedalam mangkuk pisang berselang-seli dengan tepung. Gaul rata dengan menggunakan spatula sahaja.
  • Lapikkan lapisan bawah loyang dengan kertas dan gliskan loyang dengan minyak.
  • Adunan tadi di bahagi kepada 3 dan warnakan. 1 bahagian warna asal.
  • Masukkan 1 bahagian warna asal ke dalam loyang, ratakan dan taburkan coklat cip. Bakar selama lebih kurang 4 min (180o C)..bergantung kepada oven masing-masing.
  • Keluarkan loyang, masukkan lapisan kedua, taburkan coklat cip. Masa bakar sama.
  • Keluarkan loyang dan masukkan lapisan seterusnya. Taburkan coklat cip. Bakar lebih masa sedikit (lebih kurang 20 min) hingga betul-betul masak.
  • Bila dah masak..macam ni la hasilnya. Sejukkan dahulu baru dipotong. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago