90 Minutes Cinnamon Rolls

Resepi dr allrecipes.com, pakai tepung biasa je.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

90 Minutes Cinnamon Rolls

Resepi dr allrecipes.com, pakai tepung biasa je.

BAHAN-BAHAN

  • 3/4 cwn susu segar
  • 1/4 cwn majerin, suhu bilik
  • 3 1/4 cwn tepung serbaguna/gandum
  • 1/2 sudu kecil yis segera (Mauripan)
  • 1/4 cwn gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1/4 cwn air
  • 1 biji telur
  • *1 cwn gula perang
  • *1 sudu besar serbuk kulit kayu manis
  • *1/4 cwn majerin, suhu bilik
  • *1/2 cwn kismis (optional)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan susu hingga sedikit mendidih, tutup api dan masukkan majerin. Kacau sebati. Biarkan sejuk.
  • Dalam mangkuk besar, satukan 2 1/4 cwn tepung, yis, gula & garam. Kacau sebati.
  • Tambahkan pula air, telur & campuran susu; pukul rata. Masukkan baki tepung, 1/2 cwn demi 1/2 cwn, kacau sebati.
  • Bulatkan doh. Taburkan sedikit tepung di bawah doh & di atas doh. Uli selama 5 minit, atau hingga doh kelihatan licin. Tabur sedikit tepung jika doh sgt melekit. (Saya uli doh di dalam mangkuk je).
  • Tutup doh dgn kain lembab selama 10 minit. Sementara itu, campurkan bahan-bahan bertanda *. Gaul rata.
  • Leperkan doh jadi bentuk segiempat, anggaran 12 inci x 9 inci. Sapu rata campuran kulit kayu manis tadi dan taburkan kismis.
  • Gulung doh, cubit-cubit tepinya supaya kemas melekat. Potong kpd 12 bahagian. Susun dlm acuan yg telah disapu sedikit majerin, jarakkan sedikit. Tutup keratan doh dgn kain lembab semula, selama 30 minit.
  • Panaskan oven dgn suhu 190 darjah celcius. Bakar cinnamon rolls selama 20 minit atau hingga keperangan. Hidangkan suam-suam.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago