Resepi dr allrecipes.com, pakai tepung biasa je.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
90 Minutes Cinnamon Rolls
Resepi dr allrecipes.com, pakai tepung biasa je.
BAHAN-BAHAN
- 3/4 cwn susu segar
- 1/4 cwn majerin, suhu bilik
- 3 1/4 cwn tepung serbaguna/gandum
- 1/2 sudu kecil yis segera (Mauripan)
- 1/4 cwn gula halus
- 1/2 sudu kecil garam halus
- 1/4 cwn air
- 1 biji telur
- *1 cwn gula perang
- *1 sudu besar serbuk kulit kayu manis
- *1/4 cwn majerin, suhu bilik
- *1/2 cwn kismis (optional)
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan susu hingga sedikit mendidih, tutup api dan masukkan majerin. Kacau sebati. Biarkan sejuk.
- Dalam mangkuk besar, satukan 2 1/4 cwn tepung, yis, gula & garam. Kacau sebati.
- Tambahkan pula air, telur & campuran susu; pukul rata. Masukkan baki tepung, 1/2 cwn demi 1/2 cwn, kacau sebati.
- Bulatkan doh. Taburkan sedikit tepung di bawah doh & di atas doh. Uli selama 5 minit, atau hingga doh kelihatan licin. Tabur sedikit tepung jika doh sgt melekit. (Saya uli doh di dalam mangkuk je).
- Tutup doh dgn kain lembab selama 10 minit. Sementara itu, campurkan bahan-bahan bertanda *. Gaul rata.
- Leperkan doh jadi bentuk segiempat, anggaran 12 inci x 9 inci. Sapu rata campuran kulit kayu manis tadi dan taburkan kismis.
- Gulung doh, cubit-cubit tepinya supaya kemas melekat. Potong kpd 12 bahagian. Susun dlm acuan yg telah disapu sedikit majerin, jarakkan sedikit. Tutup keratan doh dgn kain lembab semula, selama 30 minit.
- Panaskan oven dgn suhu 190 darjah celcius. Bakar cinnamon rolls selama 20 minit atau hingga keperangan. Hidangkan suam-suam.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.