Resipi tomyam goong campur ini memang padu dan cukup kick. Kuahnya ada rasa masam yang segar dari limau nipis, pedas yang tak terlalu menyengat tapi cukup buat rasa berapi, lemak dari susu yang buat kuah jadi lembut, dan ada rasa manis sikit-sikit dari sayur-sayuran.
Jangan lupa letakkan sekali stok udang untuk rasa lebih ‘seafood‘. Serai, lengkuas dan daun ketumbar pula bagi aroma yang wangi serta menambahkan lagi selera.
Secara ringkas, tomyam ini ada campuran rasa masam, pedas, lemak dan wangi yang buat setiap hirupan jadi puas!
Jom baca resipi lengkap di bawah ini.
Baca lagi: Sambal Udang Bersantan, Letak Pula PETAI, Memang Buat Makan Bertambah!
Bahan-bahan
Cara penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian masukkan kepala dan kulit udang. Tumis hingga bertukar warna kemerahan. Keluarkan kepala dan kulit, kemudian kisar bersama sedikit air untuk mendapatkan stok udang yang berperisa. Tapis dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tambah sedikit minyak jika perlu. Tumis bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas, halia, dan akar daun ketumbar sehingga naik bau.
3. Tambahkan cili kisar ke dalam tumisan tadi. Tumis hingga pecah minyak. Jika ingin rasa yang lebih pedas, boleh juga tambah chili paste Thai.
4. Tuangkan stok udang yang telah ditapis tadi ke dalam kuali. Kacau sebati.
5. Campurkan pes tomyam ke dalam sup, kemudian tambahkan air mengikut kuantiti kuah yang diinginkan. Pastikan kuah tidak terlalu cair untuk mengekalkan kepekatan rasa tomyam.
6. Tambahkan ayam dan udang tiger prawn ke dalam kuah. Masak hingga ayam hampir masak dan udang menjadi merah.
7. Masukkan tomato, lobak merah, dan cendawan tiram.
8. Tambahkan kicap sotong, susu sejat, dan perahan limau nipis untuk menyeimbangkan rasa pedas dan masam tomyam. Sesuaikan tahap keasaman dengan selera masing-masing.
9. Tambahkan sedikit gula dan garam. Kacau dan rasa. Jika ingin lebih pedas, boleh juga tambah cili padi yang diketuk (jika anak-anak tidak makan sekali).
10. Setelah kuah mendidih dan cukup rasa, taburkan hirisan daun ketumbar untuk aroma dan hiasan.
Tomyam goong campur anda kini siap dihidangkan!
Selamat mencuba.
Sumber: Syalfarina Razali
Baca lagi: Kari Telur Campur Terung, Ada Tips Buat Kuah Sedap Sampai Esok Mengigau!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…