Sedapnya sup daging ori Thai ini. Rasa dia tak sama dengan sup yang kita biasa masak tu sebab ada bahan wajib yang kena letak iaitu sos ikan.
Kalau nak tahu padu tak padu sup daging ni, jom cuba masak nanti dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Ahmad Shinoda di bawah. Selamat mencuba!
1. Rebus daging bersama 3 inchi halia tumbuk, 3 hiris lengkuas, 2 akar pokok daun ketumbar, 1 biji bawang holland kecil, sedikit kayu manis dan bunga lawang.
Jangan letak garam sebab nanti nak letak sos ikan yang agak masin. Hanya letak sesudu gula. Rebus sampai empuk, air jangan terlalu banyak.
2. Tumis bawang putih sampai kekuningan. Masukkan serai, bawang holand, cili padi dan daun limau purut. Tumis sampai layu dan wangi.
3. Masukkan tumisan ke dalam sup tadi bersama tomato.
3. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. (sos ikan wajib ada untuk rasa lagi kick)
4. Biarkan dalam 2 hingga 3 minit. Tutup api dan taburkan daun ketumbar.
Selamat mencuba!
Kredit: Ahmad Shinoda
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…